Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
 EN  | BM
Background: 1 Background: 2 Background: 3 

Last Update: 24 Oct 2018
Version 8.1.2
TenderTender

 

Notis Tender No.2/2018

1. Tender adalah diperlawa daripada Syarikat atau orang persendirian yang berminat untuk membeli kenderaan terpakai seperti berikut:-

 BIL KETERANGAN KENDERAAN  TAHUN PENDAFTARAN  KUANTITI  HARGA REZAB
RM 
CAGARAN (10% HARGA REZAB) 
RM 
 1. Toyota Land Cruiser 
QMA 5289 
1994   3,000.00 300.00 
 2. Proton Perdana
QMD 8909 
2000  1 4,500.00  450.00 
 3.  Proton Perdana
QME 8919
 2001  1 5,000.00  500.00 

2. Kenderaan-kenderaan tersebut boleh dilihat dan diperiksa di bengkel Lembaga Pelabuhan Miri (Waktu Pejabat). Sila hubungi Encik Yusri Kepol di talian 085 - 609046 atau 013 5785454 untuk urusan temujanji pemeriksaan kenderaan tersebut.

Masa : 8:30 pagi hingga 4:30 petang (Isnin - Jumaat)

Tarikh: 27.07.2018 hingga 05.08.2018

3. Wang cagaran hendaklah dalam bentuk "bank draft / cashier order / cek".

4. Tawaran boleh dibuat dengan menggunakan Borang Tender yang boleh diperolehi dari Unit Kewangan, Tingkat 4, Bangunan Pentadbiran, Lembaga Pelabuhan Miri pada waktu pejabat.

5. Tender akan ditutup pada 6hb Ogos pada jam 12:00 tengahari. Dokumen tender yang dikemukakan selepas tarikh tutup tawaran tidak akan dipertimbangkan.

6. Borang Tender yang telah disiapkan hendaklah dikembalikan dalam sampul surat ditulis di luarnya "TENDER BAGI MEMBELI KERETA TERPAKAI - NOTIS TENDER NO.2 /2018" dan dialamatkan kepada:-

     Pengurus Besar

Lembaga Pelabuhan Miri,

Jalan Miri Port, Kuala Baram Industrial Estate,

Peti Surat 1179,

98008 Miri, Sarawak

    pada atau sebelum 6 Ogos 2018 (Isnin) , 12:00 tengahari.