Panduan Aplikasi Talikhidmat

Cara memuat turun applikasi TALIKHIDMAT


1. Pastikan peranti mudah alih anda mengandungi aplikasi QR Scanner Code. QR Scanner Code juga boleh dimuat turun di Play Store (Android) dan App Store (IOS) secara percuma.

2. Imbas QR Code TALIKHIDMAT yang terdapat di laman utama Lembaga Pelabuhan Miri mengikut kesesuaian peranti mudah alih anda.

3. Untuk mengimbas QR Code, jalankan QR Code di peranti anda dan tumpukan kamera peranti anda di kod berkenaan. QR Scanner Code secara automatik akan mengimbas QR Code tersebut. Kod tersebut mengandungi pautan untuk anda memuat turun aplikasi iaitu

    http://store.sarawak.gov.my/download/phone/Talikhidmat/Talikhidmat.apk

4. Bukakan aplikasi di laman sesawang dan ianya akan memuat turun aplikasi TALIKHIDMAT. Apabila selesai memuat turun Talikhidmat.apk, klik untuk menjalankan aplikasi itu di dalam peranti mudah alih anda.


Panduan Atas Talian


*Langkah untuk memuat-turun mungkin berbeza mengikut aplikasi dan laman sesawang di dalam peranti mudah alih anda.

*Bagi pengguna android, sila pastikan peranti anda membenarkan permasangan applikasi luar. Anda boleh mengaktifkan nya dengan cara SETTING > SECURITY > UNKNOWN SOURCES (Tick Unknown Sources) > Select OK